Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, March 10, 2013

Operasi Daulat : 10 Mac 2013


11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi









Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata




11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan

- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.

- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi

- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran

- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha

- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan

- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu

- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)


10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur  Sabah

- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.


0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More