Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Saturday, October 5, 2013

Apakah Perisian Wajib Untuk Komputer Windows Anda?

Setiap kali seseorang pengguna membeli komputer berasaskan Windows yang baru, salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya adalah apakah perisian wajib yang diperlukan pada komputer mereka dalam memudahkan pengurusan dan penggunaan harian komputer mereka.
Jadi, disini kami menyenaraikan beberapa perisian dan aplikasi yang menjadi pilihan kami, dan jangan lupa untuk turut sama berkongsi perisian dan aplikasi pilihan anda.
Pelayar Web – Google Chrome
Google Chrome New Tab
Pada hari ini terdapat pelbagai pilihan pelayar web dipasaran. Setiap komputer Windows sendiri didatangkan dengan pelayar web Internet Explorer dalam usaha memudahkan pelayaran web anda.
Bagi kami, Google Chrome menjadi pilihan utama. Selain daripada memudahkan pengguna dengan akaun Google menggunakannya, salah satu perkara yang menjadi sebab utama pilihannya adalah kebolehan sync data pelayaran pada pelbagai peranti.
Sebagai contoh, anda boleh membuka sesebuah tab menggunakan satu komputer, dan menyambung pelayarannya pada telefon pintar, tablet mahupun komputer lain.
Antara alternatif lain adalah termasuk Mozilla Firefox dan juga Opera.
Muat-Turun Google Chrome
Video – VLC Media Player
Sistem operasi Windows sedia hadir dengan pemain media mereka tersendiri. Tetapi satu kekurangan padanya adalah ia tidak menyokong pelbagai jenis format video secara menyeluruh.
Terdapat beberapa pilihan pemain video di pasaran, termasuk antaranya adalah VLC Media Player, K-Lite Mega Codec Pack, dan juga GOM Player.
VLC Media Player merupakan salah satu projek pembangunan berasaskan sumber terbuka, dan dikemaskini dengan pelbagai sokongan codec baru dari hari ke hari. Ia juga turut menyertakan pelbagai pilihan untuk tetapan, termasuk sokongan memainkan video 4K.
Dokumen – Kingsoft Office Free 2013
Kingsoft Writer
Salah satu penggunaan utama komputer adalah dalam pengurusan dan penyuntingan dokumen. Pihak Microsoft sendiri menawarkan Microsoft Office, tetapi mungkin tidak ramai yang mampu untuk membeli lesen untuknya.
Terdapat beberapa aplikasi penyuntingan dokumen, dan salah satu perisian percuma bersaiz kecil dan menawarkan sokongan seumpama Microsoft Office adalah Kingsoft Office.
Selain Kingsoft Office Free 2013, antara pilihan lain adalah LibreOffice yang turut ditawarkan kepada percuma kepada pengguna, dan menawarkan lebih banyak pilihan tetapan dan penyuntingan dokumen melaluinya.
Storan Awan – Dropbox
Dropbox
Pada hari ini, storan awan telah menjadi salah satu perkara utama yang digunakan oleh pengguna dalam usaha memudahkan mengakses sesuatu fail pada pelbagai peranti, selain mengelak daripada sesuatu fail itu hilang disebabkan kerosakkan pada komputer.
Microsoft melalui Windows 8 telah sedia menyertakan sokongan SkyDrive. Namun, bagi kami yang telah sedia menggunakan Dropbox sejak sebelum ini, lebih mengemari Dropbox berbanding beberapa perkhidmatan lain.
Dropbox menawarkan klien desktop mereka tersendiri, memudahkan proses sync dokumen antara komputer anda. Ia juga turut memudahkan proses perkongsian dokumen bersama-sama rakan yang lain dengan pantas menggunakannya.
Selain Dropbox dan juga SkyDrive, satu lagi perkhidmatan popular adalah Google Drive.
Daftar akaun Dropbox
Sekuriti – Prey Anti-Theft
Bagi pengguna yang menggunakan komputer riba, salah satu perkara yang menjadi igauan harian adalah takut akan komputer riba mereka hilang.
Untuk memudahkan pemantauan dimanakah lokasi komputer riba anda, Prey merupakan perisian yang berguna. Ia membolehkan anda mengetahui lokasi semasa, disamping merakamkan gambar menggunakan webcam terbina pada komputer riba.
Satu lagi pilihan menarik pada Prey adalah dimana pengguna boleh menyembunyikan pemasangannya, dan ia berjalan pada latar tanpa sesiapa mengetahui berkenaan dengannya.
Penyuntingan Gambar – Photoscape
PhotoScape
Dengan lebih ramai merakamkan gambar pada hari ini, salah satu perisian yang turut menjadi penggunaan utama pada komputer mereka adalah perisian penyuntingan gambar.
Untuk proses penyuntingan pantas dan ringkas, salah satu perisian percuma yang berguna adalah PhotoScape.
PhotoScape membolehkan anda membuat gabungan gambar, mengubah saiz gambar, memusingkan gambar, dan membuat beberapa penyuntingan pantas melaluinya, sekaligus mengoptimasikan saiz gambar untuk perkongsian di web.
Muat-Turun Photoscape
Lain-Lain
CCleaner – Untuk tujuan membuang fail-fail berbentuk cache, disamping membuang fail yang tidak digunakan di komputer anda, sekaligus membolehkan anda mendapatkan ruangan tambahan serta melajukan lagi pemprosesan komputer.
WinRAR – Untuk tujuan compress fail, serta membuka beberapa jenis format fail, terutamanya yang dikongsikan melalui internet.

Jadi, apakah perisian dan aplikasi utama anda pada komputer berasaskan Windows?

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More