Recent Posts

Visit http://www.ipligence.com

Sunday, October 13, 2013

Bida'ah Semua Sesat?



W: ini bidaah...sesat

A : benda ini harus, ulama' dh terang penjang lebar

W: ulama' xmaksum..jangan taksub

A : ye ulama' xmaksum. ulama' rujukan kamu pon xmaksum

W: tapi ulama' kami merujuk kepada al Quran dan Hadis 

A: habis tu, kamu ingat ulama' kami merujuk kitab bible, injil, zabur, taurat? rujuk al Quran dan Hadis jugak la

W: susah kalau dh taksub..taqlid membuta tuli. 

A: kamu pun taksub..taqlid membuta tuli

W: maaf, saya xjumpa dalil amalan kamu

A: ada jer...cari la dalam kitab2. 

W: kitab apa?muka surat berapa, cetakan maner..

A: kamu mengatakan hal itu bidaah, bagi juga keterangan dri kitab mane, muka surat berapa, cetakan mane..

W: hadis nabi saw..ttg perkara baru dalam agama adalah bidaah

A: okay. bidaah tu ape?

W: bidaah adalah perkara baru yang tiada dizaman Rasulullah saw. sape yang buat, maka tertolak

A: siapa beri takrif ttg bidaah tu.?

W: syaikh bla....bla........

A: oh. kate ulama' xmaksum. nape ikut takrif yang ditentukn ulama'. erm...kami belajar bidaah ada dua, bidaah hasanah dan qabihah

W: bidaah hanya satu, sesat. tiada bidaah baik/hasanah

A: main FB pon bidaah la..sbb tiada dizaman Rasulullah 

W: inilah salah faham terbesar. FB bukan ibadah. FB perkara dunia, bidaah dunia xpe. bidaah dalam ibadah xboleh...apa jua tambahan dalam ibadah adalah sesat

A: tadi kamu kata, bidaah hanya satu. xde hadis ttg pembahagian bidaah...pastu kamu membahagikan bidaah kepada dua pula, bidaah dunia..bidaah ibadah. ada hadis nabi kata bgtu?

W: nabi sebut, urusan agama dikembalikan kepadaku, adapun hal dunia, kamu lbh tahu

A: dalam hadis tu, nabi xsebut pon ttg pembahagian bidaah kepada dunia dan agama/ibadah

W: berdasarkan faham

A: nak tanya, wakaf...ibadah kan?

W: ya, ibadah

A: wakaf alquran, xde zaman Nabi, so, ia bidaah yang sesat atau baik?adakah kamu nk katakan ia sesat. kalau kamu kata ibadah xde tambahan, maka sesat la wakaf alquran hari ni. smlm ak tgk kamu pergi wakaf al quran. camne tuw? atau kamu mahu kata, wakaf bukan ibadah, wakaf adalah perkara dunia, so blh tambah2?

W: baik. apa pendapat kamu...asal sesatu perkara adalah harus selagi tiada dalil mengharamkan. kalau begtu, boleh la tambah rakaat subuh jadi 3 rakaat. sbb xde dalil, mgharamkannya.

A: pernah tgk orang solat subuh 3 rakaat?

W: xpernah lagi setakat ni. W/A.namun ia kaedah yang bahya

A: memang la orang xsolat subuh 3 rakaat, sbb orang semua faham kaedah. orang yang kamu tuduh sbg ahlul bidaah tak pernah pon solat subuh 3 rakaat. kamu tahu tak kenapa?

W: kenapa?

A: sbb orang faham, ibadah tu ada dua. satu yang khusus, satu lagi ibadah umum. ibadah khusus seperti solat...mmg telah dijelaskan oleh nabi saw ttg berapa rakaat, waktu dan kaifiat. mmg xleh nk tambah2. adapun ibadah umum, seperti zikir, selawat, tasbih, terserah nak buat berapa byk, waktu mana..kerana tiada dihadkan dan tiada tegahan. contoh lg. berjabat tangan tidak ditentukan masa, maka bila2 blh buat. so, kat malaysia ni, biasa orang jumpa di masjid. so, lepas solat orang bersalaman. ini harus, kerana tiada tegahan selagi tiada mengatakan bersalam slps solat adalah sebahagian dr ibadah solat. sepatutnya hal ini xjadi isu. xkan jumpa org selepas solat, nk senyum2 je...jeling2....bersalam la. 

W: ia haram kerana mengkhususkan slps solat

A: nak tanya, bersalam selepas solat tu...adat ke ibadah?

W: orang menganggapnya ibadah

A: mana ader orang anggap ia ibadah. adat je la. so, bila adat, adat yang tidak bercanggah dgn syariat, maka ia harus. nabi pon kata, adat(yang tidak bercanggah) memberi hukum. kamu kata bidaah dalam ibadah je haram...ni bidaah dlm adat. ke nak tambah lagi bidaah dlm adat. 

W: saya tetap berpegang, bahawa apa yang nabi xbuat maka ia haram. kan senang, buat apa yang nabi buat...tgglkan apa yang nabi xbuat

A: mana kamu rujuk ni, sedangkan Allah Taala berfirman: “Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul (Muhammad) maka ambillah ia dan apa sahaja yang dia larang maka hindarilah ia”. (Surah al-Hasyr: 7). Allah xgtau, apa nabi buat, maka ambilah, dan apa shj yang tak dibuat oleh Rasul, maka hindarilah....

W: ah sama jer tuw

A: xsama...lafaz arabnya pon dah beza. faham disitu, apa yang nabi saw bawa, kita ikut, apa yang nabi larang, maka jgn buat. maka disana ulama' membahaskan disana ada perkara yang nabi xsuruh...dan nabi jua xlarang. perkara tengah2 tu adalah harus selagi tidak bercanggah dgn dalil umum. mengadakan majlis selawat beramai2, tidak haram kerana tidak bercanggah dgn dalil umum, iaitu suruhan spy banyak selawat kpd nabi saw, dan tiada dalil jelas mgharamkan. maksd sy, tiada la semua perkara tgh2 tu boleh belaka...harus dikaji dalam dlm ilmu fekah dan Usul.

W:......................................

A: dahla sedara, usah sibuk nak sesatkan orang.....tanda orang berilmu, kurang celaannya pada orang. dah jom solat maghrib berjemaah...nabi saw, tak pernah tggl solat jemaah. asyik solat sorang jer tuw...xbidaah ke.hehe.

W:...................................(masih terdiam)

0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More