“Sayyidina Abu Bakr mengumpulkan al-Quran, Sayyidina Umar mengumpulkan umat Islam mendirikan solat tarawih berjamaah, manakala Sayyidina Utsman menambah Azan hari Jumat menjadi dua kali sedangkan Nabi saw tidak melakukannya. Jika demikian, apakah boleh kita mengatakan bahwa mereka melakukan perbuatan bid’ah sesat? Apakah para sahabat yg menyetu¬juinya juga dianggap pelaku bid’ah dan sesat?” – Penceramah terkenal dari seberang
Jawapan:
Selain al-Quran dan al-Sunnah, Ahlu Sunnah wa al-Jamaah menjadikan amalan Para Sahabat sebagai rujukan dalam menetapkan sesuatu hukum. Adapun bid’ah yg dikatakan sesat dalam hadis Nabi saw adalah perkara baru yg diada-adakan dalam urusan Agama yg tidak sabit dpd al-Quran, al-Sunnah dan juga amalan Para Sahabat. Maka pengumpulan al-Quran, Solat Taraweh dan Azan dua kali pada hari jumaat bukanlah bid’ah yg sesatkerana ia sabit dpd Para Sahabat.
“Maka, sesungguhnya sesiapa di antara kamu yg hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan 1).SUNNAHKU dan 2).SUNNAH KHULAFA’ AL-RASHIDIN AL-MAHDIYYIN, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham, dan hendaklah kamu jauhi perkara yg diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat” [HR Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Majah ~Silsilah al-Sahihah, Maktabah al-Ma’arif, Riyadh, 1996, 6: 526, No:2735]
“Sesungguhnya Yahudi telah berpecah kpd 72 puak, dan umatku akan berpecah kpd 73 puak, hanya satu yg terselamat iaitu al-Jamaah. Sahabat bertanya siapakah al-Jamaah, lalu jawab baginda ‘APA YANG AKU DAN PARA SAHABATKU berada diatasnya”[HR Imam Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya’ al-Maqdisi]
Kata Imam al-Syafie : “Apa sahaja yg diada-adakan menyalahi 1).Kitab (Al-Quran), 2).Sunnah, 3).Athar (amalan para Sahabat) atau 4).Ijma’, maka ini adalah bid’ah sesat, manakala apa sahaja yang diada-adakan dpd perkara kebaikan yg tidak menyalahi semua itu, maka ia adalah bid’ah yg tidak tercela.” [Imam Ibn Hajar al-Asqaalani dalam, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H]
Berdasarkan apa yg disebut oleh Imam Syafie, bid’ah yg sesat ialah apa-apa amalan yg tidak sabit dpd Sahabat Baginda Nabi saw sebagaimana Fatwa beliau tentang sedekah bacaan al-Quran utk orang yg telah mati yg disebut oleh Imam Ibn Katsir dalam Tafsir al-Quran al-Adzim.
Wallahua’lam
sumber
0 komen:
Post a Comment